Renungan Petang Khamis, 31 Oktober 2019
Renungan Petang Khamis, 31 Oktober 2019 Bagi Tuhan Tidak Ada yang Mustahil "...Tiada suatu apa pun yang mustahil untuk-Mu!" Yeremia 32:17 Rujukan : Markus 1:29-34 Sebaik sahaja keluar dari rumah ibadat, Yesus bersama Yakobus dan Yohanes langsung pergi ke rumah Simon dan Andreas. Pada masa itu ibu mertua Simon (Petrus) terlantar kerana sakit demam (29). Yesus kemudian memegang tangan ibu mertua Simon tersebut dan membangunkan dia. Seketika itu juga lenyaplah demamnya. Selanjutnya, penulis Injil Markus mencatat, "kemudian perempuan itu melayani mereka" (30). Ada dua hal yang boleh dicatat mengenai proses penyembuhan Ibu Mertua Petrus. Pertama, kenyataan bahawa ibu mertua Petrus langsung melayani memperlihatkan kecepatan dan kesempurnaan penyembuhan itu. Kebiasaannya, seseorang yang mengalami penyakit demam tenaganya menurun sehingga mustahil langsung boleh bekerja. Akan tetapi, penyembuhan yang dilakukan Yesus sungguh sempurna sehingga Ibu Mertua Petrus...