Renungan Petang Ahad, 13 Oktober 2019


Renungan Petang
Ahad, 13 Oktober 2019

Mabuk Lebih Banyak Keburukan

Dalam kemabukan anggur, Belsyazar menitahkan orang membawa perkakas dari emas dan perak yang telah diambil oleh Nebukadnezar, ayahnya, dari dalam Bait Suci di Yerusalem, supaya raja dan para pembesarnya, para isteri dan para gundik mereka minum dari perkakas itu. Daniel 5:2

Rujukan : Daniel 5:1-9

"Jangan memandu jika dalam keadaan mabuk". Maksudnya, dalam keadaan mabuk boleh menyebabkan banyak keburukan dari kebaikan. Orang mabuk adalah orang yang tidak dapat mengendalikan dirinya. Dalam keadaan mabuk, seseorang boleh melakukan tindakan apapun di luar kesedarannya. Tindakan di luar kesedaran pastilah membahayakan diri sendiri mahupun orang lain.

Raja Belsyazar adalah pengganti Nebukadnezar. Nama Belsyazar bermaksud, "O Dewa Bell, lindungliah raja". Tentu saja menjadi seorang penguasa pastilah menyenangkan. Kerana gembiranya, Belsyazar mengadakan perjamuan besar untuk para pembesar kerajaan. Jumlah yang hadir dalam jamuan itu seramai seribu orang.

Tanpa disedari, Belsyazar terlalu banyak meminum anggur sehingga dia menjadi mabuk. Dalam keadaan seperti itu, dia menitahkan bawahannya membawa perkakas emas yang dibawa oleh ayahnya, Nebukadnezar, dari Bait Suci Yerusalem (2). Semua perkakas itu diangkut ke Babel sebagai simbol kemenangan Babel atas Israel.

Belsyazar memerintahkan agar perkakas tersebut digunakan untuk meminum anggur. Sambil menikmati anggur, mereka memuji-muji dewa dan dewi Babel (4). Di mata Allah, tindakan itu adalah sebuah penghinaan terhadap kesucian-Nya. Itulah sebabnya Allah murka dan Dia menghukum Belsyazar.

Pada saat itu, nampaklah jari-jari manusia menulis pada kapur dinding istana raja (5). Melihat tulisan di dinding itu Belsyazar menjadi pucat, gelisah, sendi-sendi pangkal pahanya menjadi lemas, dan lututnya berantukan (6). Kerana itu, dia memanggil orang-orang bijaksana, ahli jampi, dan ahli nujum untuk menterjemahkan tulisan tersebut (7).

Pada saat ini ada banyak hal yang boleh memabukkan hidup orang percaya. Contohnya, mabuk harta, cinta, kekuasaan dan sebagainya. Dalam kemabukan itu, ramai orang dengan sewenang-wenang menghina Allah. Oleh itu, marilah kita sentiasa bersiap-sedia dan berdoa agar Allah selalu mengingatkan status kita sebagai umat Allah yang harus menjadi terang dan garam Allah bagi dunia yang gelap.

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018