Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019



Renungan Petang
Selasa, 15 Oktober 2019

Mengutamakan Kewajiban

Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. Pengkhotbah 12:13

Rujukan : Daniel 5:17-30

Ketika Daniel mendengar bahawa Raja Belsyazar akan memberikan banyak hadiah kepadanya, dia memohon agar raja membatalkan niatnya. Daniel meminta Belsyazar memberikan hadiah tersebut kepada orang lain saja (17). Di sini kelihatan jelas bahawa dia bekerja dan melayani raja bukan kerana dia berhak diberi upah atau hadiah, melainkan kesedarannya akan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba. Lagi pula dia tidak akan mengotori karunia Allah yang diberikan kepadanya hanya untuk kesenangan duniawi.

Sebelum Daniel menjelaskan makna dari penglihatan Belsyazar, dia terlebih dahulu menceritakan kisah kelam Raja Nebukadnezar. Menurut Daniel, Allah yang Mahatinggi telah memberikan kekuasaan kepada Nebukadnezar (18-19). Namun dia menjadi tinggi hati kerana dia merasa kekuasaan mutlak ada di tangannya. Kesombongannya telah membawa Nebukadnezar jatuh ke tempat yang paling rendah dan hina seperti binatang (20-21). 

Rupa-rupanya Belsyazar mengikuti jejak kesombongan ayahnya. Sifat buruknya telah mendorong Belsyazar bertindak kurang ajar terhadap segala perkakas Bait Suci untuk digunakan sebagai cawan anggur untuk pesta pora. Tindakannya itu telah menodai kesucian Allah yang Mahatinggi (23).

Setelah itu, Daniel membaca dan memberikan maksud tulisan tersebut seperti berikut: Mene, Mene, tekel ufarsin, yang bermaksudnya masa pemerintahan Raja Belsyazar dihitung dan diakhiri oleh Allah serta kerajaannya akan dipecah dan diberikan kepada bangsa Media dan Persia (25-27).

Penghukuman Allah memperlihatkan ketidaklayakan Belsyazar sebagai pemimpin. Lalu raja menganugerahkan hadiah dan mengangkat Daniel sebagai orang ketiga yang memiliki kekuasaan besar di seluruh wilayah Babel (29). Dan semua yang dikatakan Daniel menjadi kenyataan (30).

Mengutamakan kewajiban merupakan prinsip dan ajaran moral yang sangat penting. Ramai orang yang ingin menuntut haknya, namun mengabaikan kewajibannya. Saat ini kita dicabar untuk mencontohi tindakan Daniel dengan mengutamakan kewajiban daripada hak. Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018