Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Renungan Petang Sabtu, 28 September 2019

Imej
Renungan Petang Sabtu, 28 September 2019 Umat Sisa Israel Suatu sisa akan kembali, sisa Yakub akan bertobat di hadapan Allah yang perkasa. Yesaya 10:21 Rujukan : Yesaya 10:20-27 Kehancuran Israel digambarkan sangat menyedihkan. Pada mulanya Israel digambarkan seperti pasir di tepi laut yang tak terhitung jumlahnya. Rupa-rupanya jumlah itu akan terus-menerus menyusut dan nyaris habis (22). Yang tersisa hanya sedikit sahaja. Umat sisa inilah yang menjadi benih Israel yang baru (21). Umat sisa tersebut terdiri orang-orang yang setia kepada Allah Israel. Mereka tidak takut kepada penindasan yang dilakukan Asyur (24). Sebaliknya, penindasan itu kembali mengingatkan jati diri mereka pada peristiwa pembebasan Allah terhadap moyang mereka di tanah Mesir (26). Tuhan tidak menganggap semua orang Israel melawan-Nya. Masih ada sekelompok orang, sekalipun jumlahnya sangat kecil, yang memiliki kesetiaan dan pengharapan kepada-Nya. Untuk generasi baru ini, Tuhan mengingatkan kembali pe...

Renungan Petang Isnin, 23 September 2019

Imej
Renungan Petang Isnin, 23 September 2019 Janganlah Takut "..Teguhkanlah hatimu dan tinggallah tenang, janganlah takut dan janganlah hatimu kecut..." Yesaya 7:4 Rujukan : Yesaya 7:1-9 Israel telah terpisah menjadi dua negara, iaitu di bahagian Utara disebut Israel dan di bahagian Selatan yang disebut Yehuda (1). Pada masa itu sedang terjadi perlawanan terhadap Kerajaan Asyur. Rezin (Raja Aram) dan Remalya (Raja Israel) telah bersatu mengajak Ahas, Raja Yehuda. Namun ajakan mereka ditolak oleh Ahas. Itu sebabnya Aram dan Israel hendak menyerang Yehuda. Di dalam situasi yang panas, Yesaya hadir dan meminta Ahas supaya tidak perlu takut (4) dan menyarankan agar dia memegang janji Tuhan (9). Keadaan Yehuda memang serba tak menentu. Dalam perhitungan politik, melawan Kerajaan Asyur bukan perkara mudah. Sedangkan ajakan untuk bersatu yang ditawarkan Rezin dan Remalya belum tentu mampu mengalahkan Asyur. Bagi Ahas, hal itu bukan menyelesaikan masalah, malahan menambahk...

Renungan Petang Ahad, 22 September 2019

Imej
Renungan Petang Ahad, 22 September 2019 Semua Adalah Saudara Pujilah TUHAN, hai segala bangsa, megahkanlah Dia, hai segala suku bangsa! Mazmur 117:1 Rujukan: Mazmur 117 Mazmur madah pujian ini mengundang segala bangsa untuk memuji Tuhan. Tuhan layak dipuji kerana kasih setia-Nya kepada Israel. Dalam perkembangannya, mazmur ini digunakan dalam kebaktian di Yerusalem sesudah zaman pembuangan. Yang menarik di sini adalah yang diajak memuji Tuhan bukan hanya umat Israel, tetapi juga segala bangsa tanpa memandang asal-usul bahasa, budaya, etnik dan sebagainya. Dalam bahasa Ibrani, istilah "segala bangsa" bukan sekadar merujuk kepada jumlah bangsa tetapi lebih menekankan kepada prinsip kebersamaan. Di sini kita melihat unsur 'universal' dalam keyakinan Pemazmur. Kerana Allah adalah Tuhan bagi semua ciptaan-Nya. Dia menciptakan segala bangsa. Oleh itu, seluruh umat manusia adalah milik-Nya. Dialah Raja semesta alam. Dalam kebersamaan itu setiap orang adalah...

Renungan Petang Sabtu, 14 September 2019

Imej
Renungan Petang Sabtu, 14 September 2019 Kebaikan Yang Dikenang Segala perbuatannya yang hebat serta gagah dan pemberitaan yang seksama tentang kebesaran yang dikaruniakan raja kepada Mordekhai, bukankah semuanya itu tertulis di dalam kitab sejarah raja-raja Media dan Persia? Ester 10:2 Rujukan : Ester 10:1-3 Ketika musim pilihan raya diadakan, masyarakat sukar untuk memilih pemimpin yang benar-benar terbaik. Masing-masing parti mempunyai daya tarikan dan pengaruh untuk meraih undi sehingga suara rakyat menjadi terpecah-pecah. Seorang pemimpin yang baik tentulah besar jasanya kepada bangsa dan rakyatnya. Bagaimana dia akan melindungi rakyatnya? Bagaimana dirinya akan memberikan yang terbaik untuk kemajuan bagi kawasan mahupun negaranya. Jasa-jasanya itu yang akan selalu dikenang. Raja Ahasyweros termasuk raja yang dikenang baik oleh rakyatnya. Dia mampu memberikan perlindungan kepada semua orang di bawah pemerintahan kerajaan Persia. Keadaan ini juga diingat-ingat oleh ki...