Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Renungan Pagi Sabat, 01 Disember 2018

Imej
Renungan Pagi Sabat, 01 Disember 2018 Dengan Kerendahan Hati "Tinggi hati mendahului kehancuran, tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan." Amsal 18:12 Markus 1:1-8 "Kerendahan hati yang sejati bukanlah merendahkan diri sendiri, melainkan tidak memusatkan perhatian pada diri sendiri" C.S. Lewis. Ayat 4 disebutkan bagaimana Yohanes Pembaptis tampil dan menyerukan pertaubatan. Walaupun penampilan dan kehidupannya yang sederhana (memakai jubah bulu unta, ikat pinggang kulit, makan belalang (sejenis tumbuhan) dan madu hutan), namun orang ini termasuk sebagai hamba Tuhan yang hebat. Bayangkan, melalui penginjilannya, orang- orang dari seluruh Yudea dan Yerusalem bertaubat dan dibaptiskan (5). Jika Yohanes mahu, dia boleh membanggakan diri atas kejayaan dan kemasyhurannya. Namun dia tidak berbuat demikian, dia tidak mengambil kemuliaan itu untuk dirinya. Malah dia mengembalikan populariti dan kemegahan itu kepada yang seharusnya menerima. Di puncak po...

Renungan Pagi Jumaat, 30 November 2018

Imej
Renungan Pagi Jumaat, 30 November 2018 Domba Di Kelilingi Serigala “Dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku; tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.” Matius 10:16-24 "Mengapa kita harus berbeza dari rakan-rakan kita yang lain? Mengapa anda dan saya harus menjadi orang Kristian?” Bagaimana kita hidup di antara ramai orang yang belum mengenal Tuhan? Mungkin, saat ini kita sedang di berada di tempat kerja, sekolah atau di mana sahaja bersama-sama rakan-rakan yang berbeza kepercayaan. Dan mungkin, sedikit banyak, kita mendapatkan perhatian yang ‘berbeza’ atau dipandang sedemikian rupa. Pasti dalam hati kita bertanya, mengapa Tuhan memilih saya untuk menjadi orang Kristian atau mengapa Tuhan membuat keadaan saya seperti ini? Kita hidup di antara mereka yang di luar Tuhan seperti tinggal di antara serigala (ay. 16). Tuhan Yesus juga memahami bahawa ‘serigala’ itu akan membenci kita kerana-Nya (ay. 22). Tuhan mendidik kita supaya kit...

Renungan Pagi Khamis, 29 November 2018

Imej
Renungan Pagi Khamis, 29 November 2018 Teladan Yesus Menjadi Keinginan "Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.” Matius 26:39 Segambar dan serupa dengan Allah maksudnya kita harus hidup dalam standard kesucian dan kekudusan Allah. Gaya hidup Yesus hanya untuk melakukan kehendak Allah Bapa di syurga dan tidak pernah melihat apa yang menjadi kepentingan dirinya, dan tidak pernah mahu menurut keinginan diri-Nya sendiri. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas, bagaimana Yesus mahu hidup hanya menurut kehendak Allah Bapa di surga. Saat Tuhan Yesus berdoa di taman Getsemani, sekalipun Tuhan Yesus tahu, jika melakukan kehendak Allah Bapa di syurga, bermakna Dia harus mengalami penderitaan yang luar biasa. Tetapi Dia memilih untuk taat melakukan kehendak Bapa-Nya yang di surga (Matius 26:39). Dari cara...

Renungan Pagi Rabu, 28 November 2018

Imej
Renungan Pagi Rabu, 28 November 2018 Keinginan Diri Yang Membinasakan "Tetapi aku takut, kalau-kalau pikiran kamu disesatkan dari kesetiaan kamu yang sejati kepada Kristus, sama seperti Hawa diperdayakan oleh ular itu dengan kelicikannya." 2 Korintus 11:3  Ketika kejatuhan manusia pertama ke dalam dosa, ular yang menguji manusia. Ular dipandang sebagai yang paling bersalah kerana kelicikannya dalam memperdayakan Adam dan Hawa. Walhal kejatuhan Adam dan Hawa sesungguhnya bukan semata-mata kerana tipu daya sang ular, tetapi juga kerana adanya dorongan keinginan diri dari manusia untuk menikmati buah yang dilarang oleh Allah tidak boleh dimakan. Dorongan keinginan diri yang kuat dari manusia-lah yang kemudian membuat manusia menyambut pujukan ular untuk menikmati apa yang telah dilarang oleh Allah. Jadi dalam hal ini, jika manusia tidak mengikuti keinginan diri sendiri dan memilih untuk menuruti perintah Allah, maka manusia tidak akan pernah jatuh ke dalam dosa. (2 ...