Renungan Petang Ahad, 06 Januari 2019
Renungan Petang Ahad, 06 Januari 2019 Upah Yang Besar Bagi Orang Percaya Sebab itu janganlah kamu melepaskan kepercayaanmu, karena besar upah yang menantinya. Ibrani 10:35 Rujuk : Markus 10:28-34 Ramai orang berharap dengan mengikut Yesus maka kehidupannya pasti diberkati, berkelimpahan, dan sebagainya. Kenyataannya tidak selalu demikian. Petrus menunjukkan pengorbanan yang mereka lakukan untuk mengikut Yesus (28). Mereka kehilangan tempat tinggal, sumber kehidupan, keselesaan hidup dan masa bersama dengan keluarga. Tentunya Petrus berharap mendapatkan upah dari Tuhan di dunia. Lalu Yesus menjawab bahawa setiap orang yang harus kehilangan segala sesuatu di dunia ini kerana Kristus akan menerima upah seratus kali lipat. Maksudnya, upah itu tidak dapat dihitung dengan harta, iaitu kehidupan yang kekal (29-30). Yesus juga memberi peringatan bahaya kesombongan bagi orang yang mula-mula menjadi percaya. Jika tidak berhati-hati, mereka akan mundur dari imannya. Sedangkan ora...