Renungan Petang Isnin, 14 Oktober 2019



Renungan Petang
Isnin, 14 Oktober 2019

Kasih Seorang Ibu

Karena perkataan raja dan para pembesarnya itu masuklah permaisuri ke dalam ruang perjamuan; berkatalah ia: "Ya raja, kekallah hidup tuanku! Janganlah pikiran-pikiran tuanku menggelisahkan tuanku dan janganlah menjadi pucat; sebab dalam kerajaan tuanku ada seorang yang penuh dengan roh para dewa yang kudus!.." Daniel 5:10-11

Rujukan : Daniel 5:10-16

Pada saat anak melakukan kesalahan, seorang ibu hadir untuk memberikan nasihat dan ketenangan. Hal itu dilakukan oleh ibu Belsyazar (10). Dia memberikan saranan agar Belsyazar bertanya kepada Daniel. Kerana Daniel adalah orang kepercayaan mendiang Raja Nebukadnezar. Selain itu, Daniel juga dikenali sebagai seorang yang diurapi oleh roh dewa yang kudus. Hal itu telah dibuktikannya berkali-kali ketika dia menjelaskan makna dalam mimpi dan penglihatan Nebukadnezar (11).

Ketika Daniel dipanggil menghadap Belsyazar, raja langsung tidak mempercayai Daniel. Raja merasa perlu menyelidiki siapakah Daniel (13). Sebab di mata Belsyazar, Daniel masih merupakan orang buangan dari tanah Yehuda, walaupun dia sudah bertahun-tahun hidup di negeri Babel. Hal ini menunjukkan bahawa bangsa Yehuda tetaplah warga kelas dunia di wilayah Babel.

Sebelum bercerita kepada Daniel tentang penglihatan yang menakutkan dan menggelisahkan itu, Belsyazar menyampaikan bahawa dia sudah tahu bahawa Daniel dipenuhi oleh roh para dewa (14). Maksud dari kepenuhan roh para dewa di sini adalah keyakinan bahwa Allah sesembahan Daniel melebihi dewa dewi bangsa Babel. Karena itu, Daniel memiliki akal budi, kebijaksanaan, dan hikmat Allah (14).

Hal inilah yang membuat Belsyazar yakin bahwa Daniel mampu menerangkan makna terhadap tulisan di dinding itu. Apabila Daniel mampu membuka tabir misteri tulisan tersebut, Belsyazar akan memberikan hadiah berupa kain ungu dan kalung emas. Dia juga berjanji bahawa Daniel akan menjadi orang ketiga yang paling berpengaruh di kerajaan Babel (16). Kerana nasihat ibunya, akhirnya Belsyazar berjumpa dengan Daniel.

Kasih ibu sepanjang jalan. Itulah kebijaksanaan dari kehadiran permaisuri raja kepada anaknya. Sebagai seorang ibu, dia tahu bahawa anaknya melakukan kesalahan. Namun, dia juga perlu memberikan nasihat dan pertolongan kepada anaknya. Kita perlu mengembangkan jiwa keibuan, salah satunya adalah kepekaan untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang terpisah dari Tuhan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018