Catatan

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Imej
Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 Kasih Tanpa Dendam Janganlah engkau menuntut balas, dan janganlah menaruh dendam terhadap orang-orang sebangsamu, melainkan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri; Akulah TUHAN. Imamat 19:18 Kejadian 42 Bencana kelaparan hebat melanda mulai dari Mesir hingga ke Kanaan, tempat di mana Yakub dan anak-anaknya tinggal.Yakub mendengar ada gandum di Mesir (1). Jadi, dia menyuruh anak-anaknya ke sana untuk membelinya (2). Ketika sampai di Mesir, mereka (tanpa sedari) bertemu dengan Yusuf, saudara yang pernah mereka jual. Ketika Yusuf melihat mereka tunduk kepadanya, seketika dia teringat akan mimpinya. Mimpi yang sudah menjadi kenyataan (9). Yusuf ingin tahu apakah saudara-saudaranya masih sama seperti dahulu. Untuk itu, Yusuf sengaja membentak (7) dan menuduh mereka sebagai pengintai (9). Selanjutnya, Yusuf mulai menyoal mereka. Yusuf menerima banyak informasi tentang keluarganya. Baik itu tentang keberadaan, jumlah keluarg...

Renungan Petang Rabu, 20 November 2019

Imej
Renungan Petang Rabu, 20 November 2019 Bila Ditawarkan Dengan Sesuatu Mereka sangat gembira waktu mendengarnya dan mereka berjanji akan memberikan uang kepadanya. Kemudian ia mencari kesempatan yang baik untuk menyerahkan Yesus. Markus 14:11 Rujukan : Markus 14:10-11 Markus menempatkan kisah pengurapan di Betania (14:3-9) bersamaan dengan kisah pengkhianatan Yudas (10-11). Ironinya, Yesus diperangkap oleh murid-Nya sendiri. Bukankah seharusnya dia, yang telah bersama-sama dengan Yesus dan melihat pekerjaan Tuhan, memiliki hubungan yang karib dan menjadi penyokong setia Yesus? Yudas, seharusnya tahu bahawa imam-imam kepala membenci Yesus, tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk memerangkap dengan menyerahkan gurunya (10). Tawaran Yudas disambut gembira oleh para imam kepala. Dengan janji diberikan wang, Yudas memudahkan rancangan jahat mereka untuk menangkap dan membunuh Yesus (11). Kisah "menjual Yesus" bukan hanya pernah terjadi di masa lalu malahan pada m...

Renungan Petang Sabtu, 02 November 2019

Imej
Renungan Petang Sabtu, 02 November 2019 Kalau Engkau Mahu Seorang yang sakit kusta datang kepada Yesus, dan sambil berlutut di hadapan-Nya ia memohon bantuan-Nya, katanya: "Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku." Markus 1:40 Rujukan : Markus 1:40-45 Seorang yang berpenyakit kusta datang kepada Yesus dan berlutut di hadapan-Nya. Orang kusta itu memohon bantuan-Nya, "Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku" (40). Dalam masyarakat Yahudi waktu itu, penderita kusta dianggap najis. Orang yang bersentuhan dengan penderita akan menjadi najis. Oleh itu, mereka harus tinggal di luar kota agar masyarakat tidak tertular kenajisan. Mereka sebagai orang buangan. Penderita kusta tak ubah seperti mayat hidup. Secara fizikal hidup, namun dianggap mati. Mereka tidak diizinkan mengikuti ibadah kerana dianggap sebagai tidak bersih. Dengan kata lain, penderita kusta tak pernah beribadah. Jika para penderita kusta yang lain telah patah semangat dan hany...

Renungan Petang Khamis, 31 Oktober 2019

Imej
Renungan Petang Khamis, 31 Oktober 2019 Bagi Tuhan Tidak Ada yang Mustahil "...Tiada suatu apa pun yang mustahil untuk-Mu!" Yeremia 32:17 Rujukan : Markus 1:29-34 Sebaik sahaja keluar dari rumah ibadat, Yesus bersama Yakobus dan Yohanes langsung pergi ke rumah Simon dan Andreas. Pada masa itu ibu mertua Simon (Petrus) terlantar kerana sakit demam (29). Yesus kemudian memegang tangan ibu mertua Simon tersebut dan membangunkan dia. Seketika itu juga lenyaplah demamnya. Selanjutnya, penulis Injil Markus mencatat, "kemudian perempuan itu melayani mereka" (30). Ada dua hal yang boleh dicatat mengenai proses penyembuhan Ibu Mertua Petrus. Pertama, kenyataan bahawa ibu mertua Petrus langsung melayani memperlihatkan kecepatan dan kesempurnaan penyembuhan itu. Kebiasaannya, seseorang yang mengalami penyakit demam tenaganya menurun sehingga mustahil langsung boleh bekerja. Akan tetapi, penyembuhan yang dilakukan Yesus sungguh sempurna sehingga Ibu Mertua Petrus...

Renungan Petang Sabtu, 26 Oktober 2019

Imej
Renungan Petang Sabtu, 26 Oktober 2019 Perkhawinan di Kana Tetapi ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan: "Apa yang dikatakan kepadamu, buatlah itu!" Yohanes 2:5 Rujukan : Yohanes 2:1-12 Cerita tentang perkhawinan di Kana adalah kisah yang menarik untuk direnungkan. Menarik kerana dalam melaksanakan acara perkawinan itu, rupa-rupanya muncul masalah yang harus diatasi dengan cepat. Masalah itu adalah pengantin lelaki kehabisan anggur untuk para tamu undangannya. Dalam tradisi Yahudi, anggur memainkan peranan yang penting dalam acara perkhawinan. Ketika kehabisan anggur, orang yang berusaha untuk mencari penyelesaian bukanlah pengantin lelaki yang mengadakan pesta ataupun para pelayan, melainkan ibu Yesus. Satu-satu penyelesaiannya agar anggur tetap tersedia, pesta perkawinan berjalan dengan baik, dan keluarga penhantin lelaki dan wanita tidak harus menanggung malu adalah datang kepada Yesus. Ibu Yesus segera mencari dan mendekati anaknya. Dia meminta agar Yesu...

Renungan Petang Khamis, 17 Oktober 2019

Imej
Renungan Petang Khamis, 17 Oktober 2019 Dikuatkan Oleh Kasih ...dan berkata: "Hai engkau yang dikasihi, janganlah takut, sejahteralah engkau, jadilah kuat, ya, jadilah kuat!" Sementara ia berbicara dengan aku, aku merasa kuat lagi dan berkata: "Berbicaralah kiranya tuanku, sebab engkau telah memberikan aku kekuatan." Daniel 10:19 Rujukan : Daniel 10:15-11:1 Pengalaman dikasihi dan dicintai merupakan pengalaman yang berharga dan indah. Ketika seseorang merasa dirinya dikasihi dan dicintai, dalam dirinya akan timbul kegembiraan, rasa dihargai, kekuatan dan sebagainya. Dia merasa hidupnya menjadi bermakna, baik bagi dirinya mahupun orang lain. Daniel berbahagia ketika dia mendengar dirinya dikasihi oleh Allah. Ucapan itu memberikannya kekuatan kerana hidupnya berharga di mata Allah. Berbeza halnya ketika dia mengetahui bagaimana nasib akhir dari bangsanya pada akhir zaman. Daniel hanya mampu tertunduk mukanya ke tanah dan lidahnya menjadi kelu terkejut at...

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Imej
Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019 Mengutamakan Kewajiban Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. Pengkhotbah 12:13 Rujukan : Daniel 5:17-30 Ketika Daniel mendengar bahawa Raja Belsyazar akan memberikan banyak hadiah kepadanya, dia memohon agar raja membatalkan niatnya. Daniel meminta Belsyazar memberikan hadiah tersebut kepada orang lain saja (17). Di sini kelihatan jelas bahawa dia bekerja dan melayani raja bukan kerana dia berhak diberi upah atau hadiah, melainkan kesedarannya akan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba. Lagi pula dia tidak akan mengotori karunia Allah yang diberikan kepadanya hanya untuk kesenangan duniawi. Sebelum Daniel menjelaskan makna dari penglihatan Belsyazar, dia terlebih dahulu menceritakan kisah kelam Raja Nebukadnezar. Menurut Daniel, Allah yang Mahatinggi telah memberikan kekuasaan kepada Nebukadnezar (18-19). Namu...