Renungan Petang Rabu, 02 Disember 2019




Renungan Petang
Rabu, 02 Disember 2019

Siapakah yang Diselamatkan?

Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan. Roma 10:9

Rujuk : Markus 10:17-27

Dalan kisah hari ini, ada seorang kaya yang merasa dirinya sudah mematuhi semua perintah Allah. Dia yakin bahawa dirinya pasti memperolehi kehidupan yang kekal. Dia bertanya kepada Yesus hanya sekadar meminta pujian. Dipendekkan cerita, Yesus memintanya menjual semua hartanya dan mengikut-Nya (17-22).

Di sudut yang lain, dia menyebut Yesus sebagai Guru yang baik. Seharusnya dia melakukan perintah Yesus. Kenyataannya, dia enggan melakukan permintaan Yesus. Dia rela kehilangan "Guru yang baik". Dia lebih memilih hartanya daripada kerajaan Allah dan kehidupan yang kekal. Sungguh menyedihkan.

Yesus menegaskan bahawa ketika seseorang sangat bergantung dan mencintai kekayaannya, sukar baginya masuk ke dalam kerajaan Syurga (23-24) . Hal ini digambarkan dengan unta, lubang jarum (25), dan pintu gerbang yang sangat kecil. Orang kaya itu hanya memikirkan hal yang sementara di dunia. Bagaimanakah dia dapat menerima kekayaan yang kekal di Surga?

Biarpun sukar, Yesus menyatakan tiada yang mustahil bagi orang kaya untuk masuk kerajaan Surga (27) (bdk. Abraham, dll.). Kuasa Allah sanggup mengubah hati seseorang sehingga dia tidak lagi mengutamakan kekayaan dan kesenangan dunia. Di sini, Yesus menenangkan hati murid-murid yang tergempar setelah mendengar sukarnya orang kaya masuk ke dalam kerajaan Syurga.

Yesus disebut Guru yang baik oleh ramai orang. Dia menolak gelaran itu karena Dia tahu apa isi hati manusia. Jangan sampai Tuhan Yesus menolak kata-kata pujian yang kita berikan kepada-Nya kerana kita adalah hipokrit. Biarpun kelihatan taat, hal itu hanyalah topeng keagamaan. Bentuk kerohanian seperti ini tidak dapat menyelamatkan.

Lebih baik kehilangan segala sesuatu, tetapi mendapatkan keselamatan bersama Kristus!  Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018