Renungan Petang Sabat, 05 Disember 2019



Renungan Petang
Sabat, 05 Disember 2019

Iman Yang Menyelamatkan

Lalu kata Yesus kepadanya: "Pergilah, imanmu telah menyelamatkan engkau!" Pada saat itu juga melihatlah ia, lalu ia mengikuti Yesus dalam perjalanan-Nya. Markus 10:52

Rujuk : Markus 10:46-52

Seorang pengemis buta yang  tidak berharga di mata masyarakat pada ketika itu, dia mengenali Yesus tepat pada masanya. Dia memanggil Yesus dengan panggilan Anak Daud. Panggilan ini merupakan salah satu konsep perjanjian Allah dengan Israel. (46-48). Dalam masyarakat Yahudi, dia yang dipandang tidak terpelajar dan berstatus rendah rupa-rupanya memiliki pengetahuan akan Tuhan yang mendalam.

Pengemis buta yang bernama Bartimeus itu tidak meminta sedekah dari Yesus, melainkan dia memohon belas kasihan melalui Anak Daud yang telah dijanjikan (Yes. 35:5). Seruan minta tolongnya telah mengganggu khalayak ramai yang ada di sekitar Yesus. Mereka menegurnya agar tenang. Orang-orang lain merasa terganggu (48). Ramai orang berfikir bahawa Yesus tidak peduli dengan orang seperti itu, iaitu cacat penglihatan dan tidak berdaya.

Kelihatannya keyakinan orang buta ini terhadap Yesus sangat besar. Ketika Yesus memanggilnya, dia tidak merasa ragu-ragu atau takut (49-50). Yesus melihat imannya sehingga menanyakan keinginannya. Tanpa ragu-ragu pengemis buta ini menyebut Yesus dengan panggilan "Rabuni" yang bermaksud "Guruku" bahawa dirinya ingin melihat. Yesus mengabulkan permintaannya dan matanya pun celik. Kemudian orang ini mengikuti Yesus (49-52).

Bagi Tuhan, pengenalan yang mendalam akan diri-Nya jauh lebih penting daripada penampilan luaran seseorang. Yesus sangat peduli dan ingin menolong mereka yang rela mempercayakan hidup kepada-Nya. Oleh itu, orang yang sungguh beriman tidak perlu ragu dan takut ketika datang ke hadirat-Nya. Tuhan memahami keinginan mereka dan akan memberikannya sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini menjadi peringatan bagi orang- orang percaya agar memiliki iman yang teguh dalam Tuhan.

Tuhan tidak senang apabila kita menghalangi orang lain untuk beriman dan mengutamakan Tuhan. Tuhan lebih senang apabila umat-Nya saling tolong menolong sebagai satu tubuh Kristus. Iman yang menyelamatkan adalah yang sungguh-sungguh mengenali dan percaya kepada Tuhan dan janji-Nya! Tuhan memberkati!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018