Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 



Renungan Petang
Khamis, 06 Februari 2020

Kasih Tanpa Dendam

Janganlah engkau menuntut balas, dan janganlah menaruh dendam terhadap orang-orang sebangsamu, melainkan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri; Akulah TUHAN. Imamat 19:18

Kejadian 42

Bencana kelaparan hebat melanda mulai dari Mesir hingga ke Kanaan, tempat di mana Yakub dan anak-anaknya tinggal.Yakub mendengar ada gandum di Mesir (1). Jadi, dia menyuruh anak-anaknya ke sana untuk membelinya (2).

Ketika sampai di Mesir, mereka (tanpa sedari) bertemu dengan Yusuf, saudara yang pernah mereka jual. Ketika Yusuf melihat mereka tunduk kepadanya, seketika dia teringat akan mimpinya. Mimpi yang sudah menjadi kenyataan (9).

Yusuf ingin tahu apakah saudara-saudaranya masih sama seperti dahulu. Untuk itu, Yusuf sengaja membentak (7) dan menuduh mereka sebagai pengintai (9). Selanjutnya, Yusuf mulai menyoal mereka. Yusuf menerima banyak informasi tentang keluarganya. Baik itu tentang keberadaan, jumlah keluarga, dan termasuk tentang "seseorang yang sudah tidak ada lagi" (13).

Yusuf juga ingin tahu khabar saudara seibunya, Benyamin. Caranya, Yusuf berpura-pura tidak percaya pada maklumat itu. Untuk memastikan kesahihannya, mereka disuruhnya untuk menjemput si bongsu (15-16). Pada saat inilah, saudara-saudara Yusuf mulai merasa menjadi tertuduh kerana dosa-dosa masa lalunya (22).

Yusuf, tidak sakit hati, apatah lagi berdendam. Lebih-lebih lagi setelah mendengar kalau mereka menyesali perbuatannya (23-24). Dia menangis kerana tak kuasa menahan haru bercampur rindu. Semua itu terjadi, tentu saja, kerana Yusuf percaya pada pimpinan Tuhan.

Pimpinan Tuhan bukan hanya untuk menunjukkan arah dalam perjalanan hidup, tetapi Dia juga mendidik kita bagaimana cara melaluinya. Sebuah gaya hidup yang penuh kasih tanpa dendam dan kebencian.

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018