Renungan Petang Sabtu, 02 November 2019



Renungan Petang
Sabtu, 02 November 2019

Kalau Engkau Mahu

Seorang yang sakit kusta datang kepada Yesus, dan sambil berlutut di hadapan-Nya ia memohon bantuan-Nya, katanya: "Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku." Markus 1:40

Rujukan : Markus 1:40-45

Seorang yang berpenyakit kusta datang kepada Yesus dan berlutut di hadapan-Nya. Orang kusta itu memohon bantuan-Nya, "Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku" (40).

Dalam masyarakat Yahudi waktu itu, penderita kusta dianggap najis. Orang yang bersentuhan dengan penderita akan menjadi najis. Oleh itu, mereka harus tinggal di luar kota agar masyarakat tidak tertular kenajisan. Mereka sebagai orang buangan.
Penderita kusta tak ubah seperti mayat hidup. Secara fizikal hidup, namun dianggap mati. Mereka tidak diizinkan mengikuti ibadah kerana dianggap sebagai tidak bersih. Dengan kata lain, penderita kusta tak pernah beribadah.

Jika para penderita kusta yang lain telah patah semangat dan hanya menunggu ajal, pesakit ini tidak mahu diam berpeluk tubuh. Dia tidak mahu mati dalam situasi dan keadaan masyarakat yang sering bertindak tidak baik dan merendah-rendahkannya. Dia ingin terus hidup. Bukan hanya fizikal tetapi juga batinnya.

Tanpa mengendahkan peraturan, dia mendatangi Yesus. Tindakan yang penuh dengan risiko. Biasanya orang akan menjauhi penderita kusta apabila bersemuka dengan mereka. Dia ditolak dan dihina. Tetapi tekadnya hanya satu, hidup lahir batin. Dan dia percaya bahawa Yesus sanggup menolongnya. Hanya ada satu persoalannya yang ada padanya, mahu tidaknya Yesus menyembuhkan dirinya.

Penderita kusta itu tak bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya, Yesus tidak menghiraukan peraturan pada zaman itu. Dia sengaja menjamah penderita kusta itu sambli berkata, "Aku mahu, jadilah engkau tahir" (41). Belas kasihan Yesus lebih besar dari apa pun. Lalu pada saat ini, masihkah kita berharap kepada-Nya?

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018