Renungan Pagi Sabat, 01 Disember 2018
Renungan Pagi
Sabat, 01 Disember 2018
Dengan Kerendahan Hati
"Tinggi hati mendahului kehancuran, tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan." Amsal 18:12
Markus 1:1-8
"Kerendahan hati yang sejati bukanlah merendahkan diri sendiri, melainkan tidak memusatkan perhatian pada diri sendiri" C.S. Lewis.
Ayat 4 disebutkan bagaimana Yohanes Pembaptis tampil dan menyerukan pertaubatan. Walaupun penampilan dan kehidupannya yang sederhana (memakai jubah bulu unta, ikat pinggang kulit, makan belalang (sejenis tumbuhan) dan madu hutan), namun orang ini termasuk sebagai hamba Tuhan yang hebat. Bayangkan, melalui penginjilannya, orang- orang dari seluruh Yudea dan Yerusalem bertaubat dan dibaptiskan (5).
Jika Yohanes mahu, dia boleh membanggakan diri atas kejayaan dan kemasyhurannya. Namun dia tidak berbuat demikian, dia tidak mengambil kemuliaan itu untuk dirinya. Malah dia mengembalikan populariti dan kemegahan itu kepada yang seharusnya menerima. Di puncak popularitinya, dia memberitahu kepada orang ramai bahawa ada Peribadi lain yang jauh lebih berkuasa dan lebih mulia, sampai membuka tali kasut- Nya pun dia tidak layak (7-8).
Rupa-rupanya, Yohanes Pembaptis bukan hanya sederhana di dalam penampilan, tetapi juga rendah hati dalam pelayanan. Ini disebabkan kerana dia menyedari dengan sunguh bahawa dirinya bukanlah tokoh utama, melainkan hanya utusan yang mendahului kedatangan sang tokoh utama, iaitu Yesus Kristus (2-3). Dalam pelayanan, kadang-kadang kita terlupa bahawa sesungguhnya diri kita hanyalah utusan.
Kita seharusnya menunjukkan kepada orang lain tentang siapakah Yesus yang juga adalah Juruselamat kita. Tetapi apa yang terjadi sebaliknya, iaitu kita menunjukkan kejayaan pelayanan agar kita mendapat pujian dari orang lain. Belajarlah dengan penuh rendah hati sementara menaikkan pujian kepada Tuhan. Tuhan memberkati!

Ulasan
Catat Ulasan