Renungan Pagi Rabu, 28 November 2018



Renungan Pagi
Rabu, 28 November 2018

Keinginan Diri Yang Membinasakan

"Tetapi aku takut, kalau-kalau pikiran kamu disesatkan dari kesetiaan kamu yang sejati kepada Kristus, sama seperti Hawa diperdayakan oleh ular itu dengan kelicikannya." 2 Korintus 11:3 

Ketika kejatuhan manusia pertama ke dalam dosa, ular yang menguji manusia. Ular dipandang sebagai yang paling bersalah kerana kelicikannya dalam memperdayakan Adam dan Hawa. Walhal kejatuhan Adam dan Hawa sesungguhnya bukan semata-mata kerana tipu daya sang ular, tetapi juga kerana adanya dorongan keinginan diri dari manusia untuk menikmati buah yang dilarang oleh Allah tidak boleh dimakan.

Dorongan keinginan diri yang kuat dari manusia-lah yang kemudian membuat manusia menyambut pujukan ular untuk menikmati apa yang telah dilarang oleh Allah. Jadi dalam hal ini, jika manusia tidak mengikuti keinginan diri sendiri dan memilih untuk menuruti perintah Allah, maka manusia tidak akan pernah jatuh ke dalam dosa. (2 Korintus 11:3)

Jadi disini kita dapat memahami bahawa dosa itu terjadi kerana adanya "kerjasama antara manusia dengan iblis". Jika demikian, setelah kita ditebus oleh Tuhan Yesus Kristus dengan darahnya yang mahal, darah yang tidak bercacat dan tidak bernoda, masih mahu-kah kita melukai hati Allah dengan hidup terus menghambakan diri kepada dosa?

Kita harus menyedari bahawa penebusan yang dilakukan oleh Tuhan Yesus Kristus adalah suatu anugerah yang diberikan oleh Allah dengan percuma, kerana Allah tidak ingin melihat pada akhirnya kita harus binasa akibat dosa. Itulah kenapa firman Tuhan katakan, "Sebab aku cemburu kepada kamu dengan cemburu ilahi. Karena aku telah mempertunangkan kamu kepada satu laki-laki untuk membawa kamu sebagai perawan suci kepada Kristus." 2 Korintus 11: 2

Jadi dalam hal ini, sebagai orang percaya kita harus menyedari bahawa tujuan dari penebusan itu adalah, Allah mahu supaya kita dikembalikan menjadi peribadi seperti rancangan Allah yang mula-mula, iaitu menjadi manusia yang segambar dan serupa dengan Allah. Kiranya Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018