Renungan Pagi Jumaat, 30 November 2018



Renungan Pagi
Jumaat, 30 November 2018

Domba Di Kelilingi Serigala

“Dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku; tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.” Matius 10:16-24

"Mengapa kita harus berbeza dari rakan-rakan kita yang lain? Mengapa anda dan saya harus menjadi orang Kristian?”

Bagaimana kita hidup di antara ramai orang yang belum mengenal Tuhan? Mungkin, saat ini kita sedang di berada di tempat kerja, sekolah atau di mana sahaja bersama-sama rakan-rakan yang berbeza kepercayaan. Dan mungkin, sedikit banyak, kita mendapatkan perhatian yang ‘berbeza’ atau dipandang sedemikian rupa. Pasti dalam hati kita bertanya, mengapa Tuhan memilih saya untuk menjadi orang Kristian atau mengapa Tuhan membuat keadaan saya seperti ini?

Kita hidup di antara mereka yang di luar Tuhan seperti tinggal di antara serigala (ay. 16). Tuhan Yesus juga memahami bahawa ‘serigala’ itu akan membenci kita kerana-Nya (ay. 22). Tuhan mendidik kita supaya kita memiliki ketulusan dan akal budi (ay. 16). Dan yang paling penting, Tuhan berjanji yang bertahan akan selamat (ay. 22). Bukan hanya selamat selama di dunia, tetapi keselamatan kekal di Surga.

Tuhan Yesus telah berjanji untuk melindungi kita sentiasa. Jadi tiada apa yang harus kita takutkan. Bersemangatlah dalam melayani Tuhan sementara kita hidup bersama dengan orang-orang di luar Tuhan. Hendaklah kita menjadi cahaya bagi mereka di dalam kegelapan. Bawalah mereka kepada kebenaran.

Kiranya Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018