Renungan Pagi Khamis, 29 November 2018
Renungan Pagi
Khamis, 29 November 2018
Teladan Yesus Menjadi Keinginan
"Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.” Matius 26:39
Segambar dan serupa dengan Allah maksudnya kita harus hidup dalam standard kesucian dan kekudusan Allah. Gaya hidup Yesus hanya untuk melakukan kehendak Allah Bapa di syurga dan tidak pernah melihat apa yang menjadi kepentingan dirinya, dan tidak pernah mahu menurut keinginan diri-Nya sendiri.
Hal ini dapat kita lihat dengan jelas, bagaimana Yesus mahu hidup hanya menurut kehendak Allah Bapa di surga. Saat Tuhan Yesus berdoa di taman Getsemani, sekalipun Tuhan Yesus tahu, jika melakukan kehendak Allah Bapa di syurga, bermakna Dia harus mengalami penderitaan yang luar biasa. Tetapi Dia memilih untuk taat melakukan kehendak Bapa-Nya yang di surga (Matius 26:39).
Dari cara hidup Yesus ini, kita dapat melihat bahawa memilih untuk hidup hanya melakukan kehendak Allah Bapa di surga adalah pilihan terbaik untuk masa depan kehidupan kita, supaya kita tidak terbuang dari hadapan Allah ke dalam kebinasaan. Sekalipun pilihan untuk hidup melakukan kehendak Allah Bapa, harus membuat kita meninggalkan semua keinginan diri sendiri yang kita pandang itu menyenangkan.
Perlu di ingat, "kerjasama manusia dengan iblis", akibat dari menurut keinginan diri sendiri maka buahnya adalah dosa. Dan dosa itu melahirkan maut, dan itulah yang akan membinasakan.
Yakobus 1:15 "Dan apabila keinginan itu telah dibuahi, ia melahirkan dosa; dan apabila dosa itu sudah matang, ia melahirkan maut."
Adalah sangat berbeza apabila kita memilih untuk berkerjasama dengan Roh Kudus, iaitu terus memberikan diri untuk hidup dalam pimpinan Roh, dan hidup dalam standard kesucian dan kekudusan Allah, hidup hanya untuk melakukan kehendak Allah Bapa di surga, maka buahnya adalah kita akan dapat dikenal oleh Allah sebagai anak-anak-Nya.
Menerima anugerah keselamatan di dalam Yesus Kristus bukan secara automatik membuat kita boleh diterima di dalam Kerajaan Allah. Tetapi menerima anugerah keselamatan adalah mengubah diri kita menjadi peribadi yang bertanggungjawab, untuk berjuang mengejar keselamatan itu dengan takut dan gentar.
Pada akhirnya, yang menjadi catatan penting bagi kita semua adalah, kita harus menyedari bahawa memberikan diri bekerjasama dengan iblis hanya untuk memuaskan hasrat keinginan diri sendiri dan akan membawa kita kepada kebinasaan. Tetapi memberikan diri bekerjasama dengan Roh Kudus, hidup melakukan kehendak Allah Bapa, akan membawa kita kepada hidup dalam kemuliaan kekal bersama dengan Tuhan Yesus di syurga. Tuhan memberkati anda!

Ulasan
Catat Ulasan