Renungan Petang Isnin, 23 September 2019



Renungan Petang
Isnin, 23 September 2019

Janganlah Takut

"..Teguhkanlah hatimu dan tinggallah tenang, janganlah takut dan janganlah hatimu kecut..." Yesaya 7:4

Rujukan : Yesaya 7:1-9

Israel telah terpisah menjadi dua negara, iaitu di bahagian Utara disebut Israel dan di bahagian Selatan yang disebut Yehuda (1). Pada masa itu sedang terjadi perlawanan terhadap Kerajaan Asyur. Rezin (Raja Aram) dan Remalya (Raja Israel) telah bersatu mengajak Ahas, Raja Yehuda. Namun ajakan mereka ditolak oleh Ahas. Itu sebabnya Aram dan Israel hendak menyerang Yehuda. Di dalam situasi yang panas, Yesaya hadir dan meminta Ahas supaya tidak perlu takut (4) dan menyarankan agar dia memegang janji Tuhan (9).

Keadaan Yehuda memang serba tak menentu. Dalam perhitungan politik, melawan Kerajaan Asyur bukan perkara mudah. Sedangkan ajakan untuk bersatu yang ditawarkan Rezin dan Remalya belum tentu mampu mengalahkan Asyur. Bagi Ahas, hal itu bukan menyelesaikan masalah, malahan menambahkan masalah baru. Karena itu, Ahas mengambil keputusan menolak ajakan Rezin dan Remalya. Keputusannya membuat Rezin dan Remalya marah. Kedua raja tersebut bersedia menyerang Yehuda. Situasi genting itu membuat Ahas dan rakyatnya berada dalam ketakutan (2).

Tuhan mengutus Yesaya untuk memberikan sokongan kepada Ahas agar tidak takut menghadapi ancaman Rezin dan Remalya. Yang diperlukan Ahas dan rakyatnya hanyalah berpegang teguh pada Tuhan. Melalui Yesaya, Tuhan menjanjikan bahawa apa yang ditakuti Ahas dan rakyatnya, tidak akan terjadi (7). Kelihatannya janji Tuhan tidak mampu meredakan rasa cemas dan takut pada Ahas. Malahan Ahas mencari perlindungan pada bangsa Asyur (2Raj. 16:7). Ketakutan Ahas membuatnya mengabaikan keberadaan dan sabda Tuhan. Ahas lebih memilih menggunakan kekuatan manusia daripada Tuhan.

Orang yang berada dalam ketakutan sering kali mengambil tindakan gegabah dan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Sebagai hasilnya, ketakutan justeru menciptakan persoalan baru. Kita perlu belajar bahawa di tengah ketakutan semestinya berpegang teguh pada janji Tuhan. Sebab Dia tidak pernah mengecewakan kita.

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018