Renungan Petang Selasa, 16 Julai 2019



Renungan Petang
Selasa, 16 Julai 2019

Berhati-Hati Ketika Mengeluh

Doa seorang sengsara, pada waktu ia lemah lesu dan mencurahkan pengaduhannya ke hadapan TUHAN. (102-2) TUHAN, dengarkanlah doaku, dan biarlah teriakku minta tolong sampai kepada-Mu. Mazmur 102:1

Rujukan : Mazmur 102:1-12

Dalam doa keluhan kepada TUHAN (1), pemazmur memohon agar TUHAN mendengar teriakan minta tolongnya (2-3) dan juga memberkatinya (bdk. Bil. 6:26). Keluhan itu muncul kerana pemazmur merasa ada sesuatu yang salah dalam hidupnya. Hal itu kelihatannya dari kata yang digunakan oleh pemazmur. Contohnya, dirinya lemah, menderita, lesu dan terkucil seperti asap dan perapian (4), rumput (5, 12), burung ponggok (7), burung terpencil (8), dan bayang-bayang memanjang (12). Dia merasa dirinya tak berdaya dan penuh penderitaan (9-10), serta menduga Tuhan telah marah, geram, dan melemparkannya (11).

Kecenderungan manusia ketika menghadapi masa-masa kesukaran akan berkeluh kesah. Keluhan tersebut terucap kerana kita tidak dapat mengerti mengapa Tuhan mengizinkan sesuatu yang buruk terjadi dalam hidup kita. Jika keluh kesah hanya berhenti sampai di sini, mungkin tidak ada masalah. Yang menjadi masalah serius apabila kita mulai mempersalahkan Tuhan dan menganggap Dia tidak peduli terhadap kehidupan kita. Lebih parah lagi, jika kita kecewa, lalu meninggalkan Tuhan.

Sekalipun pemazmur mengeluh, dia tidak menganggap dirinya lebih bijaksana dan berhikmat daripada Tuhan. Di awal doanya, dia justeru mengarahkan hatinya kepada TUHAN dan berharap kepada-Nya. Dalam kisah Ayub (pasal 40-41), TUHAN bukan sahaja tidak memberikan jawaban atas permasalahan Ayub, malahan Tuhan kembali bertanya kepada Ayub. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa Ayub tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan kuasa dan hikmat TUHAN.

Apa yang mesti dilakukan jika kita dirundung kesusahan atau penderitaan? Carilah Tuhan dan ungkapkan dengan jujur perasaan kita kepada-Nya, tanpa menuduh TUHAN melakukan sesuatu yang buruk kepada kita (Yer. 29:11). Satu penghiburan kita adalah bahawa Yesus merasakan penderitaan dan kesusahan kita (Ibr. 4:15). Sebab itu, Dia sanggup memberikan penghiburan dan memberikan kita kekuatan agar kita boleh menjadi berkat bagi orang lain (2Kor. 1:3-4).

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018