Renungan Petang Isnin, 15 Julai 2019
Renungan Petang
Isnin, 15 Julai 2019
Tanggungjawab Orang Percaya
Maka Ia akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang tidak kamu lakukan untuk salah seorang dari yang paling hina ini, kamu tidak melakukannya juga untuk Aku. Matius 25:45
Rujukan : Matius 25:31-46
Pada kedatangan Yesus yang kedua kali, Dia akan menjadi Hakim Agung yang mengadili bangsa-bangsa (31; lih. Rm. 2:16). Untuk itu Yesus menggunakan simbol sebagai tanda untuk membezakan milik Allah dan bukan milik Allah. Simbol domba merujuk kepada orang benar yang bahagian di dalam Kerajaan Allah. Sedangkan simbol kambing menggambarkan mereka yang terkutuk dan mengalami hukuman kekal (32-34, 41, 46).
Kelompok orang benar akan menerima upah yang telah disediakan Allah bagi mereka (34). Sebab, mereka telah melakukan sesuatu bagi salah seorang saudara Yesus yang paling hina dengan cara memberi makan, minum, tumpangan, pakaian, merawat yang sakit, memberikan penghiburan dan sebagainya (35-40). Sedangkan kelompok orang terkutuk hanya menggugat dan protes terhadap Allah. Jawaban Yesus malah menyebabkan ketidakpuasan mereka (42-45).
Kita mesti menyedari bahawa keselamatan adalah anugerah Tuhan. Segala kebaikan yang kita lakukan ditujukan untuk memuliakan Allah dalam hidup kita (Ef. 2:8-10). Dengan erti kata lain, sudah seharusnya iman yang sejati melahirkan perbuatan nyata (bdk. Yak. 2:17, 26). Oleh itu, mulailah memerhatikan sesama kita yang masih hidup dalam kekurangan, berdoa bagi mereka yang masih berjuang dalam kelemahan diri dan melawat serta memberi penghiburan kepada mereka yang sedang berduka (lih. Gal. 6:10; 2Ptr. 1:7).
Lihatlah keluarga, gereja dan orang-orang percaya atau mereka yang lain di sekeliling kita. Bantulah mereka apabila kita memiliki kesempatan. Kita boleh menolong seseorang dari segi kewangan, memberikan perhatian, bantuan berupa barangan atau sokongon moral kepada golongan kurang bernasib baik dan anak yatim piatu, atau menolong memberi pendidikan dan bantuan kewangan kepada anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Tanggungjawab ini dilakukan demi cinta dan kasih kita kepada Yesus Kristus. Tuhan memberkati!
Ulasan
Catat Ulasan