Renungan Tahun Baru Selasa, 01 Januari 2019



Renungan Tahun Baru
Selasa, 01 Januari 2019

Tahun Baru, Menyahut Panggilan Tuhan

Saudara-saudara, aku sendiri tidak menganggap, bahwa aku telah menangkapnya, tetapi ini yang kulakukan: aku melupakan apa yang telah di belakangku dan mengarahkan diri kepada apa yang di hadapanku, dan berlari-lari kepada tujuan untuk memperoleh hadiah, yaitu panggilan sorgawi dari Allah dalam Kristus Yesus. (Filipi 3:13-14)

Tahun yang baru biasanya dimulai dengan sebuah keputusan. Setiap orang mempunyai sasaran hidupnya sendiri. Tentunya di tahun yang baru ada harapan yang baru untuk kehidupan lebih baik lagi. Ada tujuan-tujuan mulia yang ingin dicapai supaya hidup lebih bermakna. Lalu bagaimana dengan kita sebagai orang percaya? Seringkali di awal tahun kita membuat sebuah keputusan yang baru, sebuah tujuan yang baik. Namun sudahkah tujuan tersebut berfokus kepada Kristus atau hanya berpusat kepada diri sendiri?

Dalam suratnya kepada jemaat di Filipi, Paulus mengungkapkan bahawa dia berlari-lari kepada tujuan untuk memperolehi hadiah, iaitu panggilan syurgawi dari Allah dalam Kristus Yesus. Paulus tidak mengejar kekayaan, kehormatan, populariti, mahupun kebahagiaan yang sementara. Dia mengejar panggilan Allah di dalam Kristus Yesus. Baginya, panggilan Allah bukanlah suatu beban tanggungjawab yang menyusahkan, melainkan sebuah hadiah. Sebuah keistimewaan kerana boleh bekerja untuk melayani Allah yang hidup.

Setiap orang percaya bukan hanya dipanggil untuk percaya saja, melainkan juga untuk melakukan pelayanan dalam Kerajaan Allah. Pelayanan atau tugas setiap orang adalah untuk mencari dan mendapatkannya.

Segala kepahitan, kemarahan, sakit hati ataupun kebanggaan di tahun 2018 harus ditinggalkan. Yang lama sudah berlalu, yang baru sudah datang, tahun 2019. Sudah tentunya, saat ini bukan lagi kita terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, menyesali terus-menerus kesalahan yang kita telah lakukan ataupun membanggakan terus-menerus prestasi tahun lalu. Jika kita terus menoleh ke belakang, sukar bagi kita untuk terus maju.

Apapun yang ada di hadapan Anda? Fokus dan selesaikan dengan sepenuh hati. Jangan biarkan apapun atau siapapun membuat Anda menyimpang dari tujuan. Buatlah suatu strategik yang boleh menolong Anda untuk tetap  berfokus kepada panggilan Tuhan.

Berusahalah dengan lebih tekun. Jika di tahun lalu Anda mempunyai masa 2 jam setiap hari untuk belajar, tahun ini Anda cuba menggandakan masa 4 jam. Kalau tahun lalu Anda suka tidur selama 10 jam setiap hari, tahun ini biarlah cukup untuk 7 jam sahaja. Berikan kekuatan lebih banyak untuk mencapai tujuanmu, iaitu memperolehi panggilan Syurgawi!

Apapun yang penting dalam kehidupanmu, tidak ada yang lebih penting daripada memperolehi panggilan syurgawi di dalam Kristus Yesus. Apa panggilanmu dan bagaimana mencapainya? Usahakanlah dengan tekun di dalam doa dan teruskan persahabatan dengan saudara-saudara seiman dan semua orang. Lakukan apa yang Firman Tuhan katakan dalam kehidupanmu. Tuhan dari dahulu, hari ini dan akan datang, Tuhan yang sama sentiasa memberkati Anda.

Selamat Tahun Baru!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018