Renungan Pagi Selasa, 11 Disember 2018



Renungan Pagi
Selasa, 11 Disember 2018

Bila Anda Popular Dan Terkenal?

"Baru saja ia memandang dirinya, ia sudah pergi atau ia segera lupa bagaimana rupanya." Yakobus 1:24

Rujuk : Markus 3:7-12

Sebahagian besar orang pada masih kini lebih suka menjadi popular atau terkenal. Mereka lebih suka dikenali dan dipuji-puji. Apa yang ada di dalam kehidupanya, jika boleh segalanya dapat diketahui umum. Pendek kata, lebih mementingkan populariti sehingga menghalalkan segala cara untuk mencapainya dan melupakan tujuan hidupnya yang sebenar. Memang populariti sangat menarik hati tetapi ingat sekaligus juga menjatuhkan. Akan tetapi, tidak demikian halnya dengan Yesus.

Markus membuat catatan bahawa Yesus pada masa itu begitu popular atau terkenal sehingga ramai orang mencari-Nya (7-10). Markus menyebutkan orang-orang itu berasal dari tujuh wilayah yang berbeza, iaitu Galilea, Yudea, Yerusalem, Idumea, seberang Yordan, Tirus dan Sidon (7-8). Perhatikan juga cara Markus menekankan betapa ramainya orang yang mencari Yesus hingga dia menyebutkannya sampai empat kali (7, 8, 9, 10). Mereka mengikut Dia kerana mereka mendengar dan mengetahui pelbagai mukjizat kesembuhan yang telah Yesus lakukan (9-10).

Bukan hanya orang ramai yang mengikut-Nya, malahan roh-roh jahat juga tunduk dan mengenali- Nya (11). Namun disebalik kemashyurannya itu, tidak membuat Yesus melupakan tujuan-Nya datang ke dunia. Ketika dia sedang popular atau dikenali umum, Yesus memilih pergi jauh dari antara ramai orang (7; lih.1:45). Dia juga tidak membiarkan kepopularitiannya menghimpit-Nya (9) atau merosakkan hubungannya dengan Bapa. Walaupun ramai orang mengikuti-Nya, Yesus tidak mengizinkan diri-Nya dikenali sebelum tiba waktu yang tepat (12; lih.1:25, 34, 44). Dengan kata lain, Yesus membuat had bagi kemashyuran-Nya.

Sering kali ketika kita berada di kemuncak kemashyuran, kejayaan pelayanan, pendidikan atau pekerjaan, kita sukar mengawal diri untuk tidak terikat atau dipengaruhi oleh kemashyuran yang sementara itu. Memang kita tidak dapat membendung atau menghalang mereka untuk memuji kita. Tetapi, kita harus boleh mengawal diri dan menjaga hidup agar tidak melencong jauh dari tujuan Allah atas kehidupan kita. Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018