Renungan Pagi Rabu, 26 Disember 2018



Renungan Pagi
Rabu, 26 Disember 2018

Yesus Sanggup Melakukannya

"Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.
Ayub 42:2

Rujuk :  Markus 9:14-29

Ada benda di dalam kehidupan ini yang tidak dapat dilakukan oleh setiap orang kerana kekuatan fizikal terhad, pemahaman yang sempit, faktor usia, penyakit dan sebagainya. Berbeza halnya dalam kisah Yesus dan para murid. Ikuti kisah mereka:

Murid- murid sudah diberi kuasa oleh Yesus untuk mengusir setan dan roh jahat. Yesus sering memberikan contoh pelayanan seperti itu. Dalam praktiknya, tanpa kehadiran Yesus mereka tidak dapat melakukan pengusiran roh jahat itu (18). Oleh itulah berlaku masalah yang mengejutkan dan menimbulkan pertanyaan Yesus dan ketiga-tiga murid yang kembali dari gunung (14-16).

Ada seorang anak yang dirasuki roh jahat dengan keadaan yang sangat parah sehingga bisu dan kejang-kejang (17-18). Yesus menegur murid-murid-Nya yang tidak dapat melakukan pengusiran roh jahat kerana tidak percaya (19). Ketika Yesus ada di hadapan anak itu, maka roh jahat itu menyeksanya. Hal ini telah dialaminya sejak kecil (20-21).

Ibubapanya meminta pertolongan Yesus tetapi kelihatan ada keraguan dalam kata-katanya "jika engkau dapat berbuat sesuatu" (22). Yesus menegaskan bahawa Dia bukan hanya dapat berbuat sesuatu, tetapi bapanya harus percaya (23-24). Akhirnya Yesus mengusir roh jahat itu. Berjaya, anak itu dapat dibangunkan (25-27). Yesus menyatakan rahsia pengusiran roh jahat harus dilakukan dengan berdoa (29).

Kebersamaan mereka setiap hari dengan Yesus tidak membuat murid-murid-Nya memahami siapakah Yesus. Percayalah bahawa Yesus adalah Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu menjadi hal terutama. Yesus mampu melepaskan segala belenggu yang selama ini mengikat kehidupan kita. Asalkan kita percaya dan taat kepada firman- Nya, maka kita akan beroleh kemerdekaan sejati.

Janganlah ragu-ragu meminta pertolongan-Nya. Percayalah dan taat sepenuhnya pada perintah dan janji-Nya. Percaya akan kuasa-Nya yang dapat melepaskan kita dari segala keterikatan kuasa roh jahat. Tuhan memberkti!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018