Renungan Pagi Rabu, 19 Disember 2018



Renungan Pagi
Rabu, 19 Disember 2018

Mendengar Tetapi Tidak Melakukan

Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, yang mendirikan rumahnya di atas pasir. Matius 7:26

Rujuk : Markus 6:14-29

Ketika Herodes mendengar pendapat orang-orang tentang Yesus, yang kemungkinan adalah nabi Elia, maka dia teringat akan Yohanes Pembaptis yang telah dipenggal (14-16, 27-28). Herodes begitu senang mendengar pengajaran Yohanes Pembaptis. Walau seolah-olah dia kelihatan mengikuti ajarannya, namun sebenarnya dia tidak bersungguh-sungguh (20).

Hal ini terbukti ketika Yohanes menegur dosanya yang berkaitan dengan isteri barunya Herodias. Herodes sangat marah dan memenjarakan Yohanes (17-18). Walaupun Herodias ingin membunuh Yohanes tetapi Herodes masih berusaha menghalangnya (19- 20). Untuk mencapai tujuannya, Herodias memanfaatkan anaknya untuk menari di ulang tahun Herodes (21-22).

Sebenarnya tindakan itu sangat memalukan. Namun untuk memenuhi kepuasan dan rasa benci, maka seseorang melampiaskan kejahatannya tanpa mempertimbangkan hal yang baik atau tidak. Usaha Herodias tidak sia-sia kerana anak perempuannya dapat memilih hadiah dari Firaun (22-23). Ketaatan sang puteri kepada Herodias cukup mengerikan. Tanpa ragu-ragu dia meminta kepala Yohanes sebagai hadiahnya. Dia sendiri yang menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya (24-25, 28). Di sini Herodes tidak melarang keinginan puteri Herodias. Baginya, lebih baik terhormat di hadapan manusia kerana menepati janji, daripada di hadapan Allah (26-27).

Ada ramai orang senang mendengar berita yang menakjubkan. Tetapi apabila kebenaran ditegakkan, dan dosa didedahkan, bukan semua orang senang dan menerimanya sebagai satu kesempatan untuk bertaubat. Perasaan berdosa akan mempengaruhi hati mereka sehingga mereka tersinggung dan marah. Gereja dan para hamba Tuhan harus berani menyatakan kebenaran walau apapun risikonya. Kita seharusnya mencari perkenanan Allah bukan pujian manusia yang fana.

Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018