Renungan Pagi Khamis, 27 Disember 2018



Renungan Pagi
Khamis, 27 Disember 2018

Anak Kecil Empunya Kerajaan Syurga

lalu berkata: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. Matius 18:3

Rujuk : Markus 10:1-16

Ada orang yang merasa dirinya berhikmat, namun perbuatannya tidak terpuji. Ada pula orang yang tidak berpengetahuan tinggi tetapi perbuatannya baik.

Orang-orang Farisi ingin mencari-cari kesalahan Yesus. Mereka mengikut dan mempertanyakan pendapat-Nya tentang perceraian. Mereka sudah tahu bahawa Tuhan melarang perceraian. Tetapi mereka berusaha membenarkan diri dengan merujuk pada kisah Musa yang memberikan surat cerai (1-5). Yesus menegaskan kembali hukum perkhawinan, larangan perceraian, dan perkhawinan kembali sebagaimana yang tertulis dalam kitab Musa (8-12).

Di sini kelihatan orang-orang Farisi yang menghafal Firman sudah melakukan beberapa kesalahan, iaitu mereka memiliki niat jahat terhadap Yesus dan mengubah larangan Tuhan karena kekerasan hati mereka. Begitu berbeza dengan anak- anak kecil yang tulus hati menyambut Tuhan dan Firman-Nya (14-16).

Rupa-rupanya para murid Yesus belum memahami hal ini sehingga mereka menghalang-halangi anak-anak kecil datang kepada Yesus. Mungkin para murid berfikir bahawa kehadiran anak-anak akan mengganggu pelayanan Yesus. Sebab pelayanan Tuhan hanya untuk orang dewasa. Sebaliknya, Yesus memarahi murid-murid dan menyambut anak-anak kecil kerana bagi merekalah kerajaan Surga.

Tuhan tidak menilai orang berdasarkan kecerdasan dan penguasaan akan firman-Nya. Yang dilihat oleh-Nya adalah niat dan hati kita. Jangan sampai kita tekun melayani Tuhan tetapi memiliki niat yang jahat terhadap sesama manusia. Tuhan menginginkan ketulusan dan kejujuran hati untuk menyambut-Nya. Orang-orang seperti ini ingin menerima Tuhan dengna hati yang murni. Sebab mereka ingin diajar dan melakukan firman Tuhan. Kerana itulah mereka layak memiliki kerajaan Surga.

Milikilah hati yang tulus di hadapan Tuhan. Sambutlah firman-Nya dan taatilah rencana dan kehendak-Nya, maka kita akan memiliki kerajaan Syurga seperti yang dijanjikan. Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018