Renungan Pagi Khamis, 20 Disember 2018



Renungan Pagi
Khamis, 20 Disember 2018

Tuhan Sedang Melihatmu, Tenanglah!

Kembalilah tenang, hai jiwaku, sebab TUHAN telah berbuat baik kepadamu. Mazmur 116:7 

Rujuk : Markus 6:45-56

Ketika berhadapan dengan masalah, biasanya kita kurang menyedari situasi yang sebenarnya. Fikiran kita tak menentu sehingga gagal membuat keputusan dengan baik. Hal ini terjadi kerana rasa takut yang ada di dalam diri kita, yang jauh lebih besar dari masalah yang sedang dihadapi.

Yesus mengambil waktu untuk berdoa di bukit (46). Sementara Yesus menyuruh murid-murid untuk pulang (47). Waktu itu masih jam 6 petang dan hari belum gelap. Yesus dapat melihat dari darat betapa mereka yang sebelumnya kepenatan dalam pelayanan, sekarang terseksa kerana terpaksa bersusah payah mendayung melawan angin (48). Apakah Yesus sengaja membiarkan mereka? Atau Dia sibuk mengatur masa bersendirian dengan Bapa?

Yesus datang setelah 9 jam dan melihat keadaan para murid yang sedang kepenatan. Mereka begitu terkejut dan ketakutan ketika melihat Yesus (49-50). Setelah Yesus menenangkan dan meneguhkan hati mereka (50), barulah Dia menenangkan angin (51). Melihat kejadian itu, para murid masih mempertahankan kekerasan hati dan pengertian mereka (52). Sedangkan ramai orang yang datang. Mereka tidak tertarik kepada pengajaran Yesus, melainkan hanya dengan mukjizat yang dilakukan-Nya (53-56).

Pengenalan akan Tuhan bertumbuh bukan dalam keadaan tenang, berkecukupan, melainkan ketika berada dalam ancaman dan cabaran yang sukar. Dalam masalah sebesar apapun, percayalah bahawa TUHAN melihat dan pasti menolong kita dengan cara dan waktu-Nya. Ada kalanya, Tuhan mengizinkan kita menghadapi masalah. Kadang-kadang, kita merasa sedang berjalan sendirian menghadapi persoalan, namun sesungguhnya Dia sentiasa memerhatikan kita.

Tuhan tahu apa yang harus dilakukan-Nya untuk menolong kita. Tuhan tidak memerlukan mereka yang tidak mengikut arahan tetapi menginginkan orang yang mahu belajar mengenali dan mentaati-nya. Semakin banyak pelayanan, semakin banyak godaan. Jagalah hati dalam ketenangan ketika di ancaman dari luar. Kita akan tetap kuat apabila hidup kita berada di dalam tangan Tuhan. Tuhan memberkati!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018