Renungan Pagi Ahad, 16 Disember 2018



Renungan Pagi
Ahad, 16 Disember 2018

Percayalah

Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Amsal 3:5

Rujuk : Markus 5:21-24

Ketika semua usaha yang dilakukan berakhir dengan jalan buntu, maka yang muncul hanyalah keputusasaan, perasaan bimbang dan takut. Kita ikuti kisah Yesus yang didatangi oleh orang Yahudi untuk memohon pertolongan.

Kemanapun Yesus pergi, Dia selalu diikuti dan dikelilingi oleh ramai orang. Kali ini seorang bernama Yairus, kepala rumah ibadat, mendatangi Yesus dengan merendahkan diri di hadapan- Nya (21-22). Hal ini cukup mengejutkan kerana biasanya para ahli kitab dan imam Yahudi biasanya meninggikan diri di hadapan Yesus. Keadaan yang dihadapinya sangat sukar sebab anaknya hampir mati. Dia yakin bahawa Yesus dapat menyelamatkan jiwa anaknya. Yesus pun mendengar permohonan orang itu (23-24).

Ketika mereka dalam perjalanan, anaknya meninggal. Mungkin orang lain atau kita berfikir tidak ada gunanya mendatangi Yesus. Tiada hasilnya. Tetapi Yesus memintanya jangan takut dan percaya sahaja (35-36). Lalu, Yesus membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes bersama-Nya (37) berkunjung ke rumah Yairus. Ketika melihat ramai orang meratap, Yesus menyatakan bahawa anak itu tidak mati, melainkan tidur.

Mereka mentertawakan Yesus (38-39). Dihadapan ayah dan ibunya, Yesus membangunkan anak itu sehingga dia kembali berdiri, berjalan, dan makan (40-43). Di sini kita melihat bahawa Yesus adalah sumber kehidupan sehingga Dia dapat mengembalikan nafas hidup kepada anak Yairus. Hal terpenting adalah kerendahan hati di hadapan Tuhan serta pengakuan akan kuasa-Nya.

Ramai orang tidak percaya akan kuasa Yesus Kristus, dan mentertawakan iman kita. Namun kita harus berpegang kepada keyakinan iman terhadap- Nya. Jangan malu dengan keyakinan atau agama kita. Jangan sampai ancaman dan penghinaan membuat kita goyah, takut, dan kehilangan keyakinan akan Allah. Yesus adalah kebangkitan dan kehidupan (Yoh. 11:25). Inilah penghiburan, kekuatan, dan jaminan Tuhan kepada umat- Nya.

Janganlah takut, walaupun persoalan terlalu berat dan seakan- akan tidak ada jalan keluar. Jangan takut, melainkan percaya. Tuhan sanggup menolong. Tuhan memberkati!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Renungan Petang Khamis, 06 Februari 2020 

Renungan Petang Selasa, 15 Oktober 2019

Renungan Pagi Khamis, 06 Disember 2018